Tuesday, August 18, 2009

KENALI LALAT.

Lalat adalah sejenis serangga yang berasal dari Subordo Cyclorrapha Ordo Diptera. Secara morfologi , lalat di bezakan dari nyamuk ( Subordo Nematocera ) berdasarkan tentang ukuran sesunggutnya. Sesunggut lalat adalah lebih pendek berbanding dengan sesunggut nyamuk.
Lalat umumnya mempunyai sepasang sayap induk ( sayap utama ) serta sepasang sayap kecil yang digunakan untuk mengimbangi tubuhnya ketika terbang.
Lalat sering hidup di lingkungan manusia dan sebahagian lalat dapat menyebarkan beberapa jenis penyakit yang serius.
Setiap lalat yang mehinggapi makanan / sesuatu tempat boleh menyebabkan penyebaran hampir 125 000 kuantiti kuman pada tempat itu.
Lalat sangat bergantung pada penglihatan untuk terus hidup atau dalam kata lain penglihatan lalat adalah merupakan faktor kawalan keselamatan untuk menjadikan lalat itu terus hidup.
Mata lalat yang majmuk terdiri dari ribuan kanta dan sangat peka terhadap gerakan. Beberapa jenis lalat memiliki penglihatan tiga dimensi yang tepat. Beberapa jenis yang lain seperti Ormia Ochracea memiliki organ pendengaran yang sangat canggih.